Thursday, February 23, 2012

my Harimau Malaya experience

assalamualaikum dan selamat malam jumaat

mood: happy

okay, ia adalah sangat annoying bila tulis mood diri sendiri untuk intro. sudah lah Harimau Muda kalah semalam, tetiba mahu happy segalabagai memang ibarat mintak pelempang kirikanankirikanan empatpuluhlapan kali. game malam seperti biasalah saya tak tengok, mau tau result pun kene tunggu pergi kelas buat gosip then baru tahu resultnya. part buat gosip tu sebenarnya boleh skip tapi gosip tu penting di awal pagi untuk perkembangan minda.

sebenarnya dalam kesibukan semua orang patah hati kalah 4-0 semalam, saya langsung tak ambil peduli. yelah, perkara dah jadi. lagipun siapa suruh korang makan sambal belacan banyak sangat. fyi, makanan pedas boleh buat kita cepat hilang tenaga. kahkahkah, sesuka hati tuduh orang makan sambal belacan berkilo-kilo.

okay-lah, straight to the point, saya sebenarnya jumpa Harimau Malaya tadi. 2 jam yang lepas. mereka adakan training di padang UMS untuk perlawanan malam esok menentang Sabahawk ataupun apabendantah. siyesly, Khairul Fahmi, Syafiq Rahim, Si Kembar, Badrol Bahtiar semua depan mata. hampir pengsan sudah tadi.  




  see.. itu adalah mereka. cuma beberapa meter jaraknya dari saya. cuma, tadi Obe lupa bawak kamera jadi terpaksalah saya guna kamera phone yang hanya 2.0 mega pixels. sangat tidak berpuas hati. btw, terima kasih kepada rakyat UMS yang tak suka tengok bola mungkin sampaikan tak ramai pun yang pergi tengok dorang training. jadi, takpayah nak bersesak-sesak untuk tengok Khairul Fahmi. cuma, saya je yang sesak nafas nampak beliau. haha.

segmen Question of The Day:

terangkan Khairul Fahmi dalam satu patah perkataan:
PUTIH!!! sangat.

bye, dan jom mimpi Khairul Fahmi malam ni

0 comments: